Saya terpanggil untuk menulis setelah membaca tulisan Syuk. Tentang keretapi.
Mari bercerita:
Kelihatan seorang pakcik di ruangan menunggu keretapi. Ruang menunggu itu hanya kamar kecil yang menempatkan tempat duduk untuk beberapa orang. Pakcik itu membaca suratkhabar sambil menunggu keretapi yang dijangka tiba 60 minit lagi.
Masuk minit ke-30, pakcik berfikir-fikir, lama lagi masa menunggu. Baik pakcik buat sesuatu. Pakcik pergi ke kedai perabot dan hiasan dan membeli perabot-perabot mewah dan pelbagai hiasan dan memunggahnya ke kamar menunggu tadi. Ruangan menunggu yang tadinya hanya tempat duduk kini nampak mewah dan cantik.
Masuk minit ke-40, pakcik merasakan masih banyak masa lagi. Pakcik beli pula pasu bunga, set televisyen, set stereo dan dvd, kerusi urut, dan permaidani baldu, supaya dia boleh mengakhiri penantian keretapi dengan lebih nikmat lagi.
Pakcik terasa ruang menunggu semakin sempit lantas memanggil ahli-ahli tukang untuk meluaskan kawasan menunggu. Gembira hati pakcik dengan ruang menunggu yang semakin selesa dan dilengkapi peralatan yang menyenangkan.
Akhirnya keretapi pun tiba. Pakcik pun naik keretapi menuju ke destinasi seterusnya.
*************************************************
Sangatlah tidak logik dan anti-climax jalan cerita yang dipaparkan. Kalau buat cerita kat panggung, confirm tak mendapat sambutan langsung. Bahkan boleh dapat anugerah "The Dumbest/Most Pointless Film Ever Produced". Tapi inilah panggung dunia yang sebenarnya. Ketika hayat yang dimiliki rata-rata hanyalah 60 tahun, manusia sibuk kejar semua benda, sedangkan mereka tahu ada ''keretapi'' yang bakal mereka naiki untuk ke "destinasi" seterusnya...
Kita kagum bila jiran sebelah rumah ada 3 kereta, ada TV besar flat screen di rumah, set pinggan mangkuk dan makeup mahal, electronic gadgets yang paling up to date, aksesori-aksesori hiasan diri yang exclusive dan berbagai lagi yang nampak bernilai di mata kita. Sedangkan kebanyakkannya tidak munasabah sebagai bekalan untuk ke destinasi seterusnya, sebagaimana pakcik di ruangan menunggu keretapi tadi.
Jadi, marilah kita bekalkan diri dengan apa yang patut kita bawa ke daerah yang seterusnya dan belajar untuk hidup bersederhana --seperti yang dituntut dalam agama Islam.



2 points out:
like! like! kreatif! (bahasa melayu kamu tidak pupus!hehehehe)
thanks aisyah~
Post a Comment