Saturday, January 22, 2011

Ayat Berlapis


Ok. Tolong salahkan facebook. Sebab facebook lah terwujudnya entry ni.


Pernah dengar tak pasal ayat berlapis lapis? Bukan berlapis yg maksudnya cakap dengan berkias kias macam nak masuk meminang atau cakap berlapis lapis gaya nak pikat perempuan ala-ala pijak semut semut senyum rileks je. Itu bukan cakap berlapis. Itu cakap berlapik. Kot.


Ini ayat berlapis-lapis macam: aku faham yang ko faham bahawa aku memang tak faham apa yang ko faham. faham?


Ok kalau tak faham, aku rendahkan sikit darjat lapisannya. Contohnya masa tengah berjalan korang terjatuh dan berpura-pura macam tak terjatuh dan membuat gaya sedang membetulkan tali kasut ....pastu korang pun bersangka baik bahawa orang-orang di sekitar korang  akan bersangka baik yang korang sebenarnya memang nak betulkan tali kasut...


dan korang sangkakan betullah sangkaan korang bahawa mereka yang ternampak korang terjatuh akan bersangka baik bahawa korang memang nak betulkan tali kasut..padahal lepas diorang nampak korang terjatuh diorang jalan cepat-cepat sambil tahan ketawa dan bila korang hilang dari pandangan, diorang akan ketawa sambil cakap: apa,, dia ingat yang kita ingat dia tengah betulkan tali kasut? Hahaha tolonglah, obvious kot..



Atau contoh yang melibatkan monyet-monyet  yang sedang bercinta monyet:  Dia tak pernah cakap kat aku pun yang dia pernah cakap kat orang lain yang dia pernah sukakan aku


Atau untuk para penggusti di arena gusti: Aku tahu yang dia tak tahu bahawa aku tahu macam mana nak kalahkan dia nanti...


Persoalannya sekarang, berapa lapis ayat lapis-lapis yang korang boleh faham secara spontan? dengan kata lain, kali pertama korang dengar ayat berlapis, berapa banyak punya lapis korang boleh faham tanpa perlu diulang-ulang ayat tu? Aku merasakan jawapannya adalah 3.


Kalau lebih daripada 3, maka otak korang boleh dikatakan berada pada skala cekap.
Tapi tak lah cekap mana kalau korang boleh faham ketika dalam keadaan tenang dan bersedia.


Cuba korang berada dalam keadaan  kecemasan untuk melawat kawan korang yang terlantar di hospital akibat kemalangan jalan raya dan kawan serumah korang cakap: weh ali, nanti ko pergi melawat abu kat hospital, tolong cakap kat dia yang dia tak pernah cakap kat aku pun suruh cakap kat dia kalau lampu motosikal tu rosak tolong cakap kat dia jangan bawak laju-laju lebih-lebih lagi di waktu malam.


Dan di kala itu korang yang sedang tergesa-gesa pakai kasut dan tak sedar stokin yang korang pakai tu sebelah kanan lain dan sebelah kiri lain gara-gara kelam kabut akan berkata: kau tolong cakap straight to the point boleh tak!!!


Sebenarnya boleh je nak faham ayat berlapis lapis ni. Mudah je. Pecahkan setiap lapisan ayat dan bayangkan objek  yang dirujuk dalam setiap lapisan ayat. Kemudian gabungkan kembali bayangan-banyangan tersebut.



Berbalik kepada soalan mula: kenapa facebook pulak yang dipersalahkan dalam hal ni? Sebenarnya aku (aku rasa korang pun) pernah je experience menuturkan atau memikirkan ayat berlapis-lapis ni. Cuma bila aku bukak facebook tadi, aku tergerak untuk buat entry ni bila tengok ada orang like status ''Aminah likes Kumpulan Kami Suka Ponteng Kelas"







P/S:  Itu hanya contoh. Dah lupa status facebook yang sebenar. Tapi lebih kurang macam tu lah bunyinya

13 points out:

bintunhalil said...

.....????.......

THALHAH said...

haha.mencabar minda sangat ke entry aku yg ni?

BiNtUn HaLiL said...

dengan ke"LAM-PI"an aku, membuatkan aku tak dapat connection antara 2 situasi yang ditulis...huhu

~akmal~ said...

x fhm (X X)

THALHAH said...

wah nampaknya entry aku ni betul2 mind boggling ;p
ok lah, nanti aku edit bagi senang faham

azkiyafarhana said...

talhah, lawak aku bace entry ko..huhu
best2 =)

THALHAH said...

heheh thanks.aku harap entry ni mudah difahami.itu la pasal aku edit word2 tu jadi kaler hijau

~akmal~ said...

*still x fhm sbnrnye* (+ +)

BiNtUn HaLiL said...

saya sudah faham....!

THALHAH said...

raje-ala...cmne ni...adakah aku yg kompleks sangat??

aisyah-bagus2:DD

K-rol (intec) said...

Talhah, aku suka sgt2 entry ni. Kenapalah kau x cakap awal2 time sebelum SPM dulu,klu x dah lama aku applikasikan ayat berlapis ni dalam karangan BM aku. ha3. ko mmg the bestlah.

Syaa said...

HAHAHAH you made my day with this post. aku tgh jammed baca jadi tergelak haha

THALHAH said...

thanks korang...terharu gitu.