Ini kali terakhir kami sekeluarga bercuti ramai-ramai sebelum aku berangkat ke negara orang. Setelah ke Bandar Tenggara untuk ambil adik, kami menyusuri jalan Linggiu-Petri Jaya-Semanggar-Kota tinggi. Umpama jalan Syikin-Zulfahmi-Zolhairee-Syukri, sekadar menamakan mengikut tempat tinggal kawan-kawan sekolah menengah dulu. Singgah di masjid kota tinggi untuk solat. Melalui bandar Kota Tinggi dan ternampak bas SAKTI beserta pemandunya. Ohh...
Hari entry ini ditulis sebenarnya merupakan hari terakhir di Mersing. Sebagai recap untuk aktiviti percutian, aku list down aktiviti2 tersebut:
- Dinner di restoran tepi laut
- Shopping di bandar Mersing (walaupun xde la mall macam kat KL)
- Mandi-manda
- Menunggang kuda
Entry sebenarnya ditulis bukan untuk highlight agenda percutian, tetapi lebih kepada gamitan kenangan. Ini rantaian mesej dengan Syukri Sapuan sehari sebelum dan pada hari memulakan perjalanan. Ia berkisar tentang ayat-ayat yang diucapkan oleh orang-orang tertentu sewaktu kami bersekolah dulu. Ilham untuk memuatkan semula rangkaian sms didapati sewaktu melalui jalan Syikin-Zulfahmi-Zolhairee-Syukri sambil mengenang-ngenang waktu persekolahan dulu.
Nota: Syuk (S),Thalhah (T). Mesej di bawah berbentuk quote, maka nama terpaksa tidak dirahsiakan.
S: Woho. Aku ada satu petua. Kajian mendapati bahawa orang lapar senang untuk mengemo. So, aku bru saja pgi kedai makan dan makan dengan banyaknya. Hasilnya, aku menjadi riang kembali. Yahuuu. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. So kalau ada kawan anda yang emo, apa kata ajak beliau ke restoran berhampiran dan pujuk beliau sambil makan. orang kenyang jiwanya lebih tenteram, orang lapar jiwa kacau.
T: A hungry man is an angry man (Azman Isa, 2007)
S: Kau selalu itu macam (Zizan, 2008)
T: Kalau boleh, saya nak salurkan paip getah tu ke Afghanistan (Azman Isa, 2006)
S: Kita mesti ada visi dan misi (Ayob Jantan, 2007)
T: Rumah kecil tiang seribu (Hasidin, 2005)
T: Waktu sekarang enam pagi. Di mana anda sekarang? (Abdul Aziz, 2003)
S: Assalamualaikum wbt. Perhatian kepada Haziq Azmi, Haziq Azmi. Sila turun ke dataran hicom sekarang kerana anda ada pelawat (Syukri, Thalhah, Kecik, Fashaf, Raimi, Exco Perhubungan, 2004)
T: Perhatian kepada semua warga Sakti, menu sahur pagi ini ayam goreng dan sayur kubis (Nazmi dan Exco Jamak, 2007)
S: *Emo emo* (Haziq Kadir, 2004)
T: *Azan macam takbir raya* (Sajad Mustakim, 2003)
T: Apa Zafran, nak connect? (Izani Saufi, 2007)
S: Skuad! Masuk baris (Sadiq, 2006)
T: Terkontang kanting bagai Alim Konting memakai samping (Farid Fauzi, 2006)
S: Hakikatnya bahagia itu adalah ketenangan bila hati mengingati tuhan (Megat, 2005)
S: Jihad, jihad, jihad. Is our way *sambil angkat tangan* (Megat dan Jauzan, 2007)
T: Permas Jaya lagi maju dari Kota Tinggi (Fakhri Hazim, 2007)
S: See u di DSP (Iqtidar, 2005)
T: You people, when I am talking, keep quiet! (Azman Isa, 2006)
S: Tidak, muzik tidak pernah bersalah (Syukri Sapuan, 2006)
T: Tom tom bak (Diyana Masri, 2006)
S: Kasih, mengapa membisu (Fadzli Razak, 2006)
T: Ngaaaapppppp (Najib, 2005)
S: Tak matang (Haziq, 2006)
T: Awak ni rajin betul ukur sekolah (Siti Rodziah, 2005)
S: Raja, raja ,raja (Farhana 2007)
T: Tie mana, tie (Exco Maher, 2007)
S: Laptoppppp (Thalhah Zainal, 2007)
T: Nama exco abang tu exco makanan dan sayur-sayuran (Faizal Dolah, 2003)
T: Nak mintak tandatangan aku? Nyanyi dulu (Ardi Musaddiq,2003)
S: Tak redha (Zolhairee, 2007)
T: Tiara 2, makanan! (Aizat Asmuni, 2003)
S: Kau tolong basuhkan stokin aku (Samsul Norazim, 2003)
S: Bersama sama kita mendendangkan nazam asma ul husna (Sajad, 2003)
T: Weh, itu Abbad Tajuddin la
Begitulah sedikit sebanyak ingatan yang dapat dikutip daripada waktu sekolah dulu.
*tersenyum sendiri*
Pulang dari Mersing, kami singgah di Kota Tinggi dan makan di Tandoori apa entah nama penuh restoran tu. Tapi serve dia memang yang terbaik lah. Kami diberi tempat makan di bahagaian atas kedai yang menempatkan rumah pekerja. Oh..siap ada bantal dan sofa bagai.
Masa akhir-akhir form 5 dulu, parents aku rajin hantar ke kota tinggi untuk balik ke sekolah di Bandar Penawar. Dan setiap kali, mesti singgah restoran ni. Agaknya tokey kedai dah familiar dgn bapak aku, tambahan plak bapakku speaking urdu je dgn tokey dia..mmg dia cam la kot...
Oh, pernah juga makan garlic nan di situ dengan Syukri sewaktu lawatan ke sekolah tahun lepas.
Perjalanan diteruskan ke Bandar Tenggara untuk menghantar adik. Melalui jalan Felda Pengeli-Felda Sungai Sibol atau secara ikut-nama-kawannya jalan Hafizuddin Abu Samah-Fikri Hassan.
Kemudian ke Tangkak untuk menghantar Alang ke matrikulasi dan ke selatan semula untuk pulang ke rumah.
Rasanya inilah percutian kali terakhir bersama-sama dengan semua ahli keluarga aku. Lepas ni aku dah takde 3 tahun. Angah pulak nanti dah tak duduk dengan family.
*Monolog: Bila lagi ya boleh merasa togetherness macam ni?*


3 points out:
salam..
recently, i have a feeling that Allah give me a sign - by reading, watching, remembering, memorising, and etc. all the stuffs about school..
walaupun pernah dulu dengan egonya aku berkata - "aku takkan ingat lagi kat SAKTI!"
hikmah dari Allah kan? tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat mendapat pelajaran hidup pertama..
anyway, good luck on ur journey to the west(?) - ko sempat raya kat Malaysia x??
msti giler rindu zaman skola an?=)
jgn sedey..kehidupan perlu diteruskan..=) all the best ya
noazhatori yg direshuffle jd noorhaizat-good for u.zaman sekolah lah sebenarnya paling best walaupun banyak bitter moments yg dilalui.
aku tak sempat raya kat mesia..baru sepuluh hari puasa dah kena pergi..anyway, thanks for the comment bro, umo panjang jumpa lagi
shilafarhah-tau takpe..thanks 4 da support
Post a Comment