Baru-baru ini aku ikut Jemaah Dakwah ke Bandar Penawar selama 3 hari. Bandar Penawar tempat membesarnya Haziq Badrulhisham, Naim Neekmaton, Sharain Riza Roslan, Azim Khalid, dan Haziq Azmi, sekadar menamakan beberapa insan yang pernah kukenali di sekolah dulu. Niat utama ke mari adalah untuk menyebarkan ugama. Bagaimanapun, aku agak excited sebab ada peluang untuk jumpa mereka-mereka yang aku kenal di sini. Sebab sinilah tempat aku bersekolah menengah selama 5 tahun iaitu di Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (SAKTI).
Hari 1, Jumaat 13 Ogos
Kami bertolak ke Bandar Penawar seawal 7 pagi. Melalui jalan Kota Tinggi-Desaru mengundang ingatan lalu. Masa form 1, asal balik ke sekolah melalui gugusan Felda Air Tawar, mesti rasa menggeliang geliut. Rasa dalam perut macam ada rama-rama. Tapi kadang-kadang Megat Zulfadli atau Firdaus Marzuki tumpang kereta ke sekolah (atau aku yang menumpang diorang), adalah juga teman berborak, jadi kuranglah sikit geliang geliutnya.
Kami lalu di Petronas Bandar Penawar, tempat yang selalu akan disinggah setiap kali balik ke sekolah. Masa sekolah dulu, time itulah baru nak pakai baju outing, tuck in dalam seluar, pakai stokin dan kasut.
Kami terus menelusuri jalan ke Bandar Penawar, melalui taman perumahan yang baru dinaikkan- Desaru Utama. Dulunya hutan, dan tepi-tepi jalan banyak pokok rendang dan tinggi.
Teringat sewaktu form 2, berjalan dengan Atif dan Fakhri Hazim di bawah rendangan pokok-pokok ni. Kami jalan dari tempat menunggu bas depan sekolah menuju ke Petronas, sebab lama sangat tunggu bas untuk outing. Sepanjang berjalan di bawah rendangan pokok ini, kami cuba tahan bas-bas dan lori-lori yang lalu. Malangnya tiada satu pun yang berhenti. Akhirnya, kami end up di Perhentian Penawar kira-kira setelah sejam berjalan kaki. Mujur ada teksi lalu di situ dan kami dapat juga outing ke Kota Tinggi.
Lalu depan sekolah aku jadi sedikit teruja. Pagar yang dulunya hanya dawai hijau kini diganti tembok batu kuning-warna tema sekolah. Bangunan sekolah juga bercat baru-kuning juga. Kami tiba di Masjid Jamek Assyifa’ Bandar Penawar hampir 9.30 pagi.
Jam 12.30 tengahari, time aku tengah bajet khusyuk baca quran di ruang solat masjid, terdengar keriuhan yang amat dari luar. Oh, budak-budak SAKTI dah sampai rupanya! Tapi yang sampai cumalah adik-adik form 1 dan form 2. Naik bas trip pertama. Abang-abang yang lebih senior naik bas trip last-last. Macam tu lah tradisi sekolah.
Qari yang baca Quran sebelum Jumaat dah tukar orang. Bilal pun. Sebab dah tak dengar lagi tune bacaan dan azan yang pernah aku dengar waktu sekolah dulu. Tapi Imamnya masih sama (later on baru aku tau namanya imam Songkerim). Ah…suaranya sewaktu membacakan khutbah memang merevive ingatan silam. Gema dan alunan suaranya.. sebijik sangat dengan masa sembahyang Jumaat time sekolah dulu. Kelunakan yang menerjah telinga sangat overwhelming dan mata macam diselimuti bayu mengantuk. Dan suatu ketika dahulu, selaku seorang adik form 1 yang tak cukup tidur gara-gara torture malam-malam, aku pasti akan tertidur sewaktu khutbah jumaat.
Dan hari ini aku melihat fenomena itu dari kacamata seorang orang awam. Oleh sebab aku duduk di bahagian tengah masjid, nampaklah satu kelompok budak-budak bersamping kuning semuanya terlentok lentok. Ada yang kepala tertunduk atas paha. Yang dah jejak lantai pun ada. Bila time solat sunat qabliah, semua bangun solat kecuali satu ‘pulau’ yang dibentuk pelajar2 nih. Baru aku tau kenapalah Ustaz Arsam dulu marah betul kalau budak-budak sekolah sains tidur waktu khutbah Jumaat. Buruk!
Selepas solat Jumaat, aku terserempak dengan Khairi, junior aku time aku form 4. Sekarang dia dah form 5. Tak sempat nak jumpa junior2ku yang kini form 5 kerana masing2 dah bergegas kejar bas kerana ikut tradisi, bila balik solat Jumaat form 5 akan naik trip bas yang pertama.
Bagaimanapun aku bertemu dengan Addin, adik kawan sekolahku Amirul Aizad. Lantas aku tegur beliau dan bertanya khabar. Sedar tak sedar, ramai yang datang berkerumun. Oh, geng2 dia rupanya! Aku dikelilingi junior-junior yang dulunya hingusan dan inesen.. dan sekarang , oh..semuanya sudah besar dan berjerawat belaka!
Kami bertanya-tanya berita dan akhirnya terkeluarlah soalan cepu emas itu: Abang sekarang study kat mana? Maka aku dengan bangga kembang punggungnya menjawab: Belajar kat Intec Shah Alam buat persediaan ke US, tapi sekarang dah habis dah, tunggu nak fly minggu depan.
Sempat berjumpa Siddiq, adik arasku-Waja (yang dah tak wujud sekarang sbb dah tukar jadi Alfa, Beta, yada yada) yang kini sudah form5. Oh, dia bekas Majlis Tertinggi Pelajar dan menggantikan post yang aku pernah pegang dulu. Sempat juga sembang tanya ehwal surau asrama.
Tarawih di sini 20 rakaat. Imam Songkerim memimpin solat tarawih. Menikmati alunan Quran bacaannya. Sama sepertimana yang aku dengar waktu sekolah dulu. Cuma lebih pantas.
Hari 2, Sabtu 14/8
Oh ya. Jemaah kami telah disertai oleh pelajar2 daripada SMKA Bandar Penawar. Mereka seramai 13 orang. Malam tadi sebelum tidur, mereka beramai-ramai menyoalku berkenaan tips2 belajar. Dan satu pertanyaan mereka yang buat aku terfikir: Apa lebih budak sekolah sains daripada sekolah agama sampai diorang ni terror sangat? (Hey, sape yang baca entry ni yang penah skolah sbp jangan nak bangga lebih2 ea! ) Kesempatan yang ada diambil untuk tanya ehwal kawan-kawan SMKAku. Oh..diorang semua dah jadi orang kuat agama di kolej masing-masing.
Pagi ini ziarah pelajar-pelajar INSTEDT di asrama mereka. Instedt (institut teknologi darul takzim) ni rupa-rupanya ada link dengan UiTM.
Selepas Zuhur, aku dan Dr Asri (seorang ahli jemaah) menghantar pelajar-pelajar SMKA tadi ke perhentian bas Bandar penawar. Diorang cuma sehari sahaja dengan kami dan mahu balik ke rumah masing-masing.
Dr Asri pula berhajat melawat Tanjung Balau, maka kami ke sana. Kami lintasi resort2 di Balau yang antaranya merupakan hotel tempat aku hadiri Malam Graduasi sewaktu di tingkatan 5. Terkenang waktu mandi-mandi di Balau time English in Camp dulu. Setelah ambil-ambil angin di jeti, kami berjalan pula kearah Desaru. Desaru Impian Resort yang terletak di depan roundabout sekarang dah bertukar nama: Lotus Desaru. Kami telusuri jalan Desaru sehingga ke hujung jalan-yang selama ni aku begitu tertanya-tanya- what’s at the end of this road?: Padang golf.
Petang lepas Asar pula ziarah penduduk Bandar Penawar. Naik motor dengan tuan bilal masjid, round2 taman perumahan. Niat nak melawat Haziq, tapi tak kesampaian. Beliau sekeluarga tiada di rumah. Sedang meround, kami berselisih dengan cikgu Herman yang sedang jalan2 naiki motor dengan anak. Beliau guru Kemahiran Hidup aku time form 2 dan form 3. Kami sempat berbual sekejap bertanya khabar itu ini. Kemudian kami ke rumah Ustaz Arsam, guru Pendidikan Islam dan Tasawur semasa aku form 5. Malang sekali beliau juga tiada di rumah.
Tarawih malam ini mempertemukan aku dengan cikgu Adnan. Macam biasa, sembang lah, apa lagi kan. Katanya, pengetua sekolah kami sudah bertukar dan pengetua baru ni lebih strict daripada yang lepas. ‘Okey tu okeylah…untuk sekolah’, komen cikgu Adnan bila aku tanya okey ke tak pengetua yang baru ni. Kemudian aku minta sampaikan salam kepada cikgu Azwani, cikgu Helmi dan beberapa cikgu lain yang telintas di kepala.
Hari 3, Ahad 17/8
Hampir waktu tengahari, aku dan beberapa ahli Jemaah datang ziarah Ustaz Arsam. Alhamdulillah beliau ada di rumah. Daripada perbualan kami, baru aku tau bahawa ayahanda pengetua yang baru ini amat mementingkan ketepatan masa dan komitmen guru-guru. Kalau dulu perhimpunan jam 715 pagi. Itu pun kadang-kadang lajak sampai 720. Tapi kali ni tepat jam 7 pagi semua kena terpacak dalam dewan. Kalau ada cikgu yang nak keluar atas urusan keluarga atau kesihatan atau lain-lain, ayahanda pengetua akan selidik betul-betul tujuan, tempoh masa keluar dan details yang lain. Dan target besarnya, SAKTI top 5 SPM seluruh sekolah berasrama penuh. Ada pro dan kontra pengetua bersifat sebegitu.Pro: prestasi sekolah akan meningkat. Kontra: cikgu-cikgu jadi lebih stress.
Lepas Zuhur, kami melawat cikgu Ahir, cikgu Fizik aku. Beliau tinggal di Desaru Utama, sebuah taman yang baru sahaja dibuka bersebelahan Sekolah Sukan. Kasihan beliau, kami datang sewaktu beliau sedang tidur petang.
Petang itu juga, kami berjumpa cikgu Syed Muzni di kuarters guru dan seterusnya ke Bandar Mas untuk melawat cikgu Khairi dan cikgu Osman. Malangnya keduanya tiada di rumah. Oh ya, lawatan dan ziarah adalah atas maksud dan tujuan ugama di samping berjumpa guru-guru sekolah buat kali terakhir sebelum berangkat minggu hadapan.
Alhamdulillah, 3 hari di Bandar Penawar ini dapat dimanfaatkan untuk urusan ugama dan juga berjumpa dengan tenaga-tenaga pengajar yang telah banyak berjasa dalam hidup aku. Terima kasih cikgu-cikgu semua, doakan aku berjaya dengan jalan yang aku ambil. Doakan aku dapat berbakti kepada makbapak, masyarakat, ugama dan negara. Amin.


2 points out:
ya Allah rindunyaaa kat semua ni.zaman sekolah!thanks sebab tulis secara detail.memang kepingin nak jejak Kota Tinggi lagi :')
sama-sama. Pergi je. Nanti dah fly kempunan pulak
Post a Comment