Yeha!!! World Cup datang lagi!!
Ini saat yang ditunggu seluruh peminat bolasepak serata alam...Bila menonton piala dunia, rata-rata semuanya akan memikirkan kemenangan pasukan pilihan masing2..tak kurang jugak yang membuat taruhan pasukan yang bakal memenangi satu2 perlawanan..
Di sini aku terpanggil untuk mengupas perkara yang malas difikirkan semasa menonton piala dunia, iaitu kesan2 sampingan piala dunia terhadap masyarakat tempatan.
- Ok..Memang confirm kedai mamak dan kopitiam yang ada tv dan layar besar akan dapat lebih untung dan menjadi lebih bising daripada biasa
- Subuh anak gajah bakal jadi subuh gajah dan subuh gajah bakal bertukar ke subuh dinasour
- Restoran2 fast food akan menjadikan aksesori bolasepak sebagai alat melariskan jualan. Begitu juga dengan produk2 makanan dan lain2.
- Dari kedai mamak nak jalan ke rumah, gaya bjalan macam tgh dribble bola
- Para isteri akan keseorangan di bilik tidur kerana setiap malam si suami sibuk bersorak di kedai mamak sampai pagi
- Kilang buat air asam / asam jawa mengalami peningkatan produktiviti. Pasal ramai sakit tekak dan hilang suara dek menjerit dekat bola yang samaada masuk gol atau degil nak masuk gol
- Peningkatan bilangan 'zombi' dalam kelas/dewan kuliah yg selama ini didominasi pemain2 computer game tegar
- Bagi yang bekerja, fokus kerja lari dek terbayangkan perlawnan yang baru dan akan ditonton
- Time khutbah jumaat semua kepala hilang (kalau pandang dari belakang) dek kerana tunduk kerana tertidur
- Macam dah takde isu lain nak dibincangkan selain bola sepak. Kisah piala dunia dua tiga empat edisi yang lepas pun boleh jadi modal berbual
- Bergaduh dan berebut rancangan TV sesama ahli keluarga. Siapa kalah (selalunya kaum perempuan) akan tarik muka masam
- Aktiviti merampas dan menyorokkan remote control TV
- Penukaran tabiat membaca akhbar: mula membaca dari belakang
- Kes memandu secara melulu dan merbahaya meningkat: Mahu cepat sampai rumah gara2 tak mau terlepas tgok world cup walaupun seminit
- Membazir duit beli jersi berdozen dozen. Jersi2 yang dibeli masa world cup yang lepas pun belum habis pakai agaknya
- Bergolok gadai nak beli but/kasut bola yang sama dengan pemain idola
- Potong rambut ikut style pemain pujaan
- Dosa sebab mencarut carut bertambah , lebih2 lagi bila tak gol
- Ada jugak yg sanggup berdoa ketika menonton match team kegemaran.."Ya Allah, kau beri lah kemenangan kepada pasukan X ni.." Pergh takley blahh...
p/s2: sesiapa ada jumpa soundtrack utk intro game fifa 2002 tolong gtau aku..sampai skarang aku tak jumpa




2 points out:
woha!
itu dia pemerhatian rapi dari pemerhati bebas fenomena bola sepak tanah air.
adakah bola yang bersalah?
tidakkkkk...
bola tidak pernah bersalah.
kita yang mencipta bola dan kita jugalah yang mengubah bola..
fikirkan.
*aiceh.terbuat persembahan hari kecemerlangan la plak*
syukri dan peristiwa silam bak bola dan kaki Lionel Messi
Post a Comment