Saki baki hidupku di Intec tinggal sedikit sahaja. Pada kesempatan ini, aku mahu coretkan agenda-agenda yang mengakhiri hidup aku di kolej bertuah ni.
Jumaat 18 Jun 2010
ATU Night
Majlis makan malam bersama rakan-rakan sebatch dan juga lecturer2 yang pernah mengajar kami.
Dari kanan: Aku, Sir Nizam (lecturer fizikku yang paling cool dan best), Badrul Muneer, Ameerul Elyeen
Selasa 22 Jun 2010
Majlis Penyampaian Sijil Intec (MPSI)

Hari ini hari graduasi pelajar-pelajar American Credit Transfer Program (ACTP) dan American Degree Foundation Program (ADFP) batch ATU 15 & ATU16. Di sebalik grad nya kami, terlukis segala kepayahan menimba ilmu, perjuangan melepasi peperiksaan, keriangan menyertai event2 dan keseronokan bersama teman-teman..
231 kami yang berjaya menamatkan perjuangan di Intec. Graduasi: Segalanya tidak berakhir di sini. Perjuangan baru sahaja bermula
Sebahagian daripada rakan-rakan batchku
Teman-teman sebilik yang banyak menceriakan dan mewarnakan hidup aku sepanjang setahun yang terakhir di intec.
Dari kiri: Bad, Elyeen, Amin
Dengan menerimanya sekeping sijil tuh, maka tamatlah perjuangan aku selaku seorang warga intec..
Bergambar bersama Pn. Suzana, head of program kami...beliau manusia paling penting dalam percaturan akademik kami dan penentuan fly ke tak kami semua..
Thanks Pn. Suzana!
Kenduri Chicken Hartz di Sunway Pyramid
Malam selepas graduasi, kami beramai-ramai ke Sunway Pyramid, dinner di Chicken Hartz
Gambar yang berkualiti tinggi, terima kasih kepada kamera dslr Kales..=)
Gambar yang berkualiti tinggi, terima kasih kepada kamera dslr Kales..=)
20rm yang berbaloi..
Sesi bergambar di atas bumbung Sunway Pyramid...cool owh!!!
Khamis 23 Jun 2010
Sunway-Nandos
Selesai kelas Psychology terakhir yang dikelolakan dalam bentuk kursus PRS, aku, Elyeen, dan Aiman bergerak ke Sunway (again!)..ni Aiman la ni kempunan nak makan Nandos..=)
Mengambil kesempatan untuk ice-skate buat kali terakhir (ala...relax la, kat US hari-hari bleh ice-skating masa winter)
Khamis 24 Jun 2010
Lawatan kelas Psychology ke Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negeri (LPPKN) di Seksyen 14. Mendengar talk berkenaan contraceptive methods aka kaedah-keadah cegah hamil. Banyak ilmu berkenaan bab mencegah kehamilan yang aku belajar. Malangnya tiada gambar untuk diupload.
Menerima kunjungan kehormat dari Syukri Sapuan. Kedatangan ke mari kononnya mencari ilham untuk menghasilkan 5 buah sajak..=0
Sabtu 26 Jun 2010
Night Out
Hang out dengan Amin dan Syuk. Walaupun cuma dinner kat Pakli dan karok, tapi this one special sebab sebelum-sebelum ni aku berfoya foya dengan kawan-kawan kolej saja..
Ahad 27 Jun 2010
Ini hari terakhirku di Intec. Rasa berat hati kemas-kemas barang. Jam 230 petang nanti akan bertolak pulang ke Johor dengan Syuk.
Akhir sekali, lagu-lagu yang disenaraikan ni sekali dengar akan terus menarik ingatan aku kepada memori kehidupan aku di intec
- Empty (The Click Five)
- Perfect (Simple Plan)
- Pieces (Sum 41)
- Stay (Estrella)
- Otherside (Red Hot Chilli Peppers)
- When You're Gone (Avril Lavigne)
- Life is Like a Boat (Rie Fu)
- I'm With You (Avril Lavigne)
- Winder Waltz (Kitaro)
- Humdrum (The Corrs)
- Fix You (Coldplay)
- Goodbye (The Corrs)
- First Love-Piano Version (Utada Hikaru)
Selamat tinggal INTEC!
Selamat bersemadi semua kenangan!















8 points out:
oh.akhirnya ko dapat juga mengepos entri ini
tau takpe. setelah mengalami kekecewaan. =.="
tau takpe. setelah mengalami kekecewaan. =.="
phal ko bermonolog panjang gle tu?
haha..masalah internet la tuh..
ish,sebak pulak aku baca post kau ni thalhah. :(
macam tengok anak sendiri baru grad.HAHAHAH! :P
well,congrate man.wish you the best afterwards in US! :)
haha LAWL..kao pulak yang tersensitif nih pehal..anyway thanks so much
Post a Comment