Sunday, May 30, 2010

Betul ke Minum MILO Jadi Sihat dan Kuat?

(Tajuk yang sebenarnya ada kena mengena dengan entry tapi nampak macam tak ada kaitan. Entahlah. Fikir sendiri.)


Sudah lama rasanya tak menulis entry berbentuk cerita/anologi yang berkait rapat dengan ugama...asyik-asyik tulis kisah yang tak berapa nak berunsurkan ugama..hari ni baru tergerak nak menulis perkara yang berfaedah sket..ok..ada dua kisah yang aku nak kongsi bersama..


Kita mula dengan cerita pertama...


Satu ketika dahulu terdapat seorang raja yang sangat kaya. Harta dia sangat banyak dan disimpan dalam satu gedung yang sangat besar. Emas, perak, intan, berlian, mutiara, senang kata semua jenis harta yang boleh mengelabuasapkan mata manusia ada dalam gedung harta dia. Kunci gedung harta beliau ada dua je. Satu dipegang oleh diri dia sendiri dan satu lagi dipegang oleh pak menterinya.


Satu hari, raja telah berhajat melawat gedung hartanya. Tetapi malang sekali dia terlupa mencabut kunci yang telah digunakan untuk membuka pintu gedung hartanya. Raja telah meneliti segenap hartanya sehingga beliau menjadi asyik dan masyuk dengan harta dan kejayaannya.


Pada masa yang sama, pak menteri lalu di gedung harta sang raja. Eh, gedung harta raja tak berkunci? Ini mesti aku yang terlupa kunci pintu gedung, detik hati pak menteri. Lalu dikunci la pintu gedung yang berisi harta raja dan si raja tersebut.


Seluruh isi istana gempar dengan kehilangan raja. Sudah tiga hari baginda raja tak pulang-pulang. Masuk hari ketujuh baru pak menteri tersedar. Eh, jangan-jangan masa aku kunci pintu gedung tu tuanku ada kat dalam kot...Dan bila di'check', rupa-rupanya ada dua kunci pintu gedung harta raja pada diri beliau..Oh...


Maka bergegaslah pak menteri ke gedung harta raja. Bila dibukakan pintu gedung maka terlihat la rakyat jelata sekelian sebatang tubuh kejung raja yang terkujur di tengah-tengah timbunan harta. Dalam tangannya tergenggam segulung kertas. Lalu dibacakanlah pak menteri: 


"Hari ini baru aku tersedar, harta yang aku kumpul sebegini banyak tak mampu membelikan aku walaupun hanya sekeping roti."






Apa ya pengajaran di sebalik kisah/anologi ini?


Beberapa hari lalu, saya ada mendengar satu ceramah dan encik penceramah telah mengisahkan kisah ini. Katanya, selama kita hidup, kita sangat percaya dan yakin bahawa harta mampu membawa kebahagiaan dalam hidup. Walhal, harta-harta ini tidak mempunyai kuasa walau sedikit pun untuk mendatangkan rezeki, kemudahan, kebahagiaan, kesenangan...Tidak pula ia mampu mendatangkan kemudaratan, bencana, dan keburukan kepada manusia..


Sedang harta menggunung gunung tidak boleh membelikan sang raja sekeping roti, apatah lagi not-not kertas yang diciptakan manusia sendiri, yang mana manusia itu pula diciptakan tuhan? Tapi masih tetap dicari gali, dijadikan sebab bergolok gadai, korban masa tidur, korban masa dengan anak isteri..korban masa daripada ingat tuhan..Oh..


Ok. Lupakan skejap kisah pertama.


Jom baca kisah kedua.


Satu orang sedang duduk di stesyen keretapi menunggu keretapinya sampai. Dia duduk dalam sebuah bilik menunggu. Di tangannya terpegang kemas tiket keretapi yang akan membawanya ke destinasi. Lama juga beliau menunggu. Dalam masa menunggu, beliau telah membeli almari cantik, pasu bunga, bingkai-bangkai gambar dan beberapa alat perhiasan lain untuk menghiasi bilik menunggu itu.


Keretapi belum lagi kelihatan..


Maka dia mula menggantung bingkai, meletakkan almari di posisi yang betul, dan mencari bunga yang sesuai untuk diletakkan dalam pasu. Dipandangnya keluar bilik,


Tetapi keretapi masih belum sampai..


Orang itu keluar lagi untuk membeli sedikit barang perhiasan seperti kerusi baru, sofa baru, meja baru, dan juga langsir baru. Habis bilik menunggu 'dikerjakan' sehingga menjadi cantik dan menarik.


Keretapi belum jua muncul..


Dicarinya pula cat untuk disapu ke dinding bilik menunggu supaya tambah berseri dan selesa tinggal di bilik menunggu tersebut.


Akhirnya keretapi pun tiba.


Tiket diperiksa, orang tu naik keretapi, dan keretapi bertolak ke destinasi yang seterusnya.


Cerita tamat. Aku masa mula-mula dengar cerita ni macam nak gelak kuat-kuat. Rasa cam nak cakap bodoh kurang pandai je kat orang tu. Aku rasa korang pun mesti akan merasakan perkara yang sama. Kan?


 



Tapi itulah hakikatnya fiil manusia. Tiket kematian sudah berada di tangan. Destinasi akhirat sudah pasti. Tapi masih sibuk menghias kehidupan dunia. Tiada salahnya mencari dunia, tapi sentiasa beringat akhirat la destinasi utama. Benda ni kita semua tahu. Cuma mungkin kita terlupa. Dan aku di sini kembali mengingatkan~~


p/s 1: ada ke orang terlupa dia tengah pegang tiket?
p/s 2: aku bukan pandai. cuma mau share. kalau ada tersalah tolong betulkan~

4 points out:

Syukri Sapuan said...

woha!


umpama owl dan kisah2 rakyatnya!

THALHAH said...

teringat kisah owl dan salur paip getah panjangnya ke afghanistan..wuuu~

mawarberduri said...

benar2 jd amal jariah bermanfaat.

truskan bdakwah dgn cr y tsendir thalhah!

utk ummat, utk Islam, krn Allah

THALHAH said...

thanks mawarberduri