Sepatutnya entry ni aku tulis 4 hari yang lepas…tapi sebab kekangan masa, entry ini terpaksa ditangguhkan ke hari ini..
****************************
Ok. Ini 1st time aku panjat gunung yang betul2 gunung…sebelum2 ni paling tinggi pun aku panjat pakai kaki adalah tangki air masa sekolah menengah..panjat tangki adalah aktiviti terlarang yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja…asalkan pandai jaga diri dan bertawakal (buat solat hajat sebelum panjat tangki kalau rasa patut..hohoho), semuanya akan jadi ok..
Berbalik pada cerita memanjat gunung a.k.a hiking, ahli-ahli HACC a.k.a Hiking And Camping Club dengan bersemangatnya telah bangun seawal 230 pagi hari Sabtu lepas. (Kononnya nak bertolak pukul 3 pastu sampai Cameron Highland pukul 7 n start hiking pukul 8..,sekali bas sampai pukul 4 da..cet..)
Kami tiba di kaki gunung Brinchang lebih kurang jam 9..Kami kena turun dari bas dan punggah turun barang2 untuk naik truck sebab bas dah tak boleh lalu jalan ke puncak Gunung Brinchang. Perjalanan mendaki bukit menaiki truck memang menyeronokkan. Pemandu truck pun nampaknya berpengalaman. Tapi keseronokan ni baru sikit saja.. 
Hampir jam 10 pagi. Kami tiba di puncak Gunung Berinchang yang merupakan campsite kami dan juga starting point untuk memanjat Gunung Irau. Khemah dipasang mengikut kumpulan, barang2 centralize (barang yang boleh digunapakai oleh semua peserta selain daripada barang2 kumpulan sendiri-contohnya parang, tali rafia, cili boh, bawang, etc) dikumpulkan. Guider kami seramai 3 orang telah bersedia menanti untuk membawa kami memanjat gunung. Malang sekali satu lagi trip truck yang membawa geng2 PD (program director) belum sampai..rupa2nya diorang pegi beli makan tengahari untuk semua peserta.(=_=”)
Setelah MPH (multi purpose hall) didirikan-baru aku tau apa tu flysheet, groundsheet, kemahiran2 mendirikan MPH..,-kami bersiap siaga untuk memanjat gunung. Kumpulan aku bercadang untuk membawa satu sahaja beg (untuk isi air dan makanan) dan bergilir-gilir bawa sepanjang perjalanan.
Pendakian bermula jam 12 tengahari. Kami melalui laluan papan selama tak sampai sepuluh minit. Trek sebenar bermula selepas laluan papan ni. Dan cabaran yang sebenar pun bermula…
Cabaran 1-Trek
Trek sepanjang pendakian rupa-rupanya jenis berselut. Kononnya nak mendaki bersih..tapi akhirnya tak terelak daripada terbenam dalam lumpur..malah ada yang terjatuh terus dalam lumpur…dan jatuh meniarap atau jatuh terduduk..oh..ada yang terbenam sampai paras lutut..hmm..aku sendiri hampir2 terjatuh..mujur aku punya body coordination yang baik..=)
Selain berselut, trek yang kami lalu mencabar mentality…kalau sebut mendaki gunung mesti orang fikir mendaki sahaja…tapi lain dengan track gunung Irau ni..kami terpaksa turun naik turun naik berkali-kali…mungkin nampak mudah sebab untuk turun tidak memerlukan tenaga sebanyak mendaki..tapi realitinya, bila tiba part turun, lutut terpaksa diseksa untuk memastikan tidak hilang imbangan..apatah lagi dengan memikul beg seberat lebih daripada 10kg yang tergalas di belakang badan …tambahan, track yang memerlukan untuk turun bukannya macam turun tangga…ia jauh lebih curam dari turun tangga kolej..oh..
Cabaran 2-Hawa sejuk
Berperang dengan kesejukan bukanlah perkara sukar…memaksa kaki melangkah dan berpaut pada akar2 pokok sahaja sudah bias membuat badan jadi panas. (Penat je aku bawa sweater untuk mendaki..tapi tak pakai pon..)
Cabaran 3-membawa beg
Oh…cabaran yang ini paling berat…kalau setakat bawa beg berat2 jalan kaki pegi sekolah..,tu masih boleh tahan lagi…ni bawa hiking bag-besarnya lebih kurang beg nak bawak gi balik kampung tuh..bezanya dengan beg balik kampung, dia ada comforting pad untuk bahu dan belakang badan..perjalanan mendaki gunung je 3 jam..turun gunung lagi…ugh..mau tercabut bahu pinggang semua untuk bawak beg sahaja. Mujur boleh berganti-ganti bawa beg…kalau tak setengah jalan dah K.O dah…
contoh hiking bag..cuba banding dengan beg sekolah..
Checkpoint pertama adalah Anak Irau pada ketinggian…1000++ meter dari paras laut..kami berhenti untuk makan dan rehat selama setengah jam sebelum meneruskan perjalanan ke puncak.. Pada ketinggian ini, keindahan alam lebih menonjol dan dinikmati..memang menakjubkan…pemandangan2 sebegini tak kan pernah dilihat di bawah sana..bukan sahaja pemandangan yang boleh dinikmati, bahkan kami juga melalui satu kawasan yang cukup cantik..macam taman bunga tapi lagi cantik.entahlah tak reti aku nak describe. Terlupa sekejap kepenatan yang sedang dialami. 
Bab bergambar tak usah cerita la..tukang ambik gambar je pon dah macam jurukamera National Geographic..nak ambik satu gambar je..tapi dari bermacam macam sudut..
Setelah 3 jam 20 minit mendaki, akhirnya kami tiba di puncak gunung Irau iaitu pada ketinggian 2110 meter atas paras laut..Woha!!!
-Sky's the limit-
Sampai puncak je aku terus terbaring...baring2 sekejap dah tertido…penat woo…aku terbangun pun pasal ada orang kejut nak ambil gambar..Entahlah. tak terasa sangat kepuasan menawan Irau. Mungkin kepenatan mengatasi segalanya..
Haha...ni dia PD aku yang keletihan..muka terpaksa dicensorkan atas sebab tertentu...
Perjalanan turun lebih santai…pendek cerita, lebih kurang jam 630 petang kami tiba semula di campsite. Setelah solat, kami memasak mengikut group untuk makan malam.. group aku makan lauk sardin, scramble egg dan sayur kubis masak air…Memang simple.. tapi pasal energy dah drained out masa turun dari gunung tadi dan perut tengah lapar gila, kami semua makan sepenuh hati…
Aktiviti memberi nama kepada ahli junior-semua ahli HACC ada nama mereka tersendiri- adalah yang paling dinanti-nantikan.. Selepas selesai solat, baca yasin, kemas khemah, dan bungkus beg hiking, kami semua ke MPH (multi purpose hall-yang dibina di campsite sebelum mendaki)…Ahli2 junior dikehendaki bercerita perihal diri mereka.. ahli senior dan alumni akan bertanya soalan dan daripada aksi atau perkataan ahli junior tersebut, nama akan diberikan. Memang gamat sesi memberi nama ni…kelakar..ada yang dapat nama tawil (cuba terbalikkan perkataan ni),langgat,jepuk dll..entah apa2..haha..
Malam itu hujan lebat..aku tidur dalam kesejukan..Walaupun dah pakai carry mat dan sleeping bed dan pakai sweater, aku masih kesejukan lagi..haihh..
Terlupa aku pasal satu benda-Toilet. Yang ini masing2 punya hal la.. Proper toilet memang takde. Buang jela tepi2 semak…memang macam2 hal..ada yang siap berteman, lepas tu yang tolong teman ni bagitau kuat2 jangan tengok kawan diorang yang buang air..baik2 semua orang tak tau diorang kat semak tu, semua orang tau..apada…satu lagi, kat campsite kami takde sumber air..nak istinjak pakai air botol 1.5L yang sorang kena bawak sebanyak 4 botol..apa2 hal pun aku Berjaya ‘keluar depan’ beberapa kali dan ‘keluar belakang’ sekali…ho3..
Keesokan hari kami ke kawasan menara pencawang, tak jauh dari campsite…ada satu lagi ‘upacara’ yang perlu dilaksanakan. Masih lagi melibatkan ahli2 junior..Upacara melumurkan lumpur ke muka diorang sebagai tanda menjadi ahli rasmi HACC..ho3..memang menghiburkan! Woha!! Lepas tu kami panjat menara pencawang, tengok2 pemandangan, tangkap2 gambar..
sample lumpur yang bakal dilumur...
sample muka yang telah dilumur...
snapshot dari menara pelantar...bunga tumbuh atas pokok..
Jam 10++ kami turun ke kaki Gunung Berinchang. Kali ni dah tak pakai truck..jalan kaki je…entah berapa ratus gambar diambil sepanjang perjalanan turun..Akhirnya lebih kurang jam 1 kami sampai di tempat bas menunggu..shopping sekejap dan bertolak pulang. Kami tiba di kolej waktu senja.

Muka-muka puas setelah menawan Irau...
Selesai kemas barang semua dan makan2 di Pakli jam 10. Seluruh badan dah lenguh2 dan sengal2. Sepanjang minggu ni banyak assignment kena settlekan..pastu ada teat physics, pastu ada quiz literature, pastu ada presentation Islamic Studies. Oh..
Sunday, February 7, 2010
Special Post-Menawan Irau
mind squeeze by THALHAH at 11:01 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


2 points out:
cool =)
yeah~
Post a Comment