Disebabkan aku tengah takde kerje (ada je sebenarnya-nak habiskan baca buku literature n study fzk..), malam tadi aku dgn Elyeen kluar main basketball dkat court bawah Cemara. Lempar bola, kejar bola, lempar bola, kejar bola, last2 aku came up dengan satu idea bernas sebernas beras bernas nasional-buat eksperimen untuk buat dunk. 
Kami mengeksperimentasi dua cara.
Cara Pertama:
Elyeen duduk dalam posisi seekor kuda dan aku berdiri atas belakang badan beliau. Aku menggunakan kelebihan tubuh elyeen yang besar sebagai platform untuk aku berdiri dan capai 'ring'. Malangnya tanganku tak sampai. Maka aku melonjakkan kakiku di atas badan Elyeen untuk mencapai ketinggian yang cukup untuk bergayut di 'ring'.
Berjaya!
Tapi,
Bola keranjangnya Elyeen kena pass dari bawah.. Aku terpaksa bergayut sebelah tangan untuk capai bola dari beliau. Takde feel langsung.
Cara kedua:
Elyeen duduk dalam posisinya, masih seperti seekor kuda, dan aku dari arah belakang berlari sambil membawa bola, hinggap di belakang tubuh Elyeen dan melonjak ke arah 'ring' untuk dunk.
1st attempt-aku berasa kurang yakin dan membatalkan lompatan walaupun aku telah meletakkan tapak kaki kanan di belakang badan Elyeen dan bersedia untuk melompat mencapai 'ring'.
2nd attempt-kerana terlalu meletakan fokus dan pandangan pada 'ring' tersebut, aku tersilap pijak belakang badan Elyeen (aku terpijak bahagian tulang belikat lantas hilang imbangan dan terjatuh)
3rd attempt-ini percubaan terakhir yang aku kira paling berjaya..larian sempurna, tapak belakang badan Elyeen yang aku pijak memang tepat, dan dengan kedua-dua belah tangan memegang bola, aku melonjak sepenuh tenaga,dan....
Yeha! aku berjaya mencapai ring!!
Tatakala aku bergayut dengan tangan kiri dan tangan kananku cuba memasukkan bola ke dalam jaring, tangan kiriku terlepas dari genggaman lantas aku terjatuh dan keting kakiku terhentak di bucu besi tiang 'score board'..
Ambik kau sebijik. Habis terkopak dan berdarah keting kaki aku.
Lepas tu kitorang terus berhenti bermain dan berjalan balik ke balik sambil tergelak gelak terhadap ke'kurangbijak'an tindakan kami.
Hohoho
Saturday, January 30, 2010
Eksperimentasi Gila: Dunk
mind squeeze by THALHAH at 1:06 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


2 points out:
woha! dunk umpama nazmi, mantop dan rakan2
xlah. dunk umpama faizal saimin dan raimi suhairi..
(erk btol ke x eh eja nama dyorang neh?)
Post a Comment