Wednesday, December 23, 2009

Liburan Di Indonesia



Pada cuti kali ini kami sekeluarga bercuti di Indonesia selama 5hari. (seyes macam ayat budak sekolah rendah). Siapa yang gemarkan nature dan pemandangan2 yang cantik, tempat yang kami lawati nih memang heaven. Tak puas-puas mata memandang. Rasa nak makan pon ada. Tapi kalau nak naik roller coaster ke, pegi theme park ke..sorila..pegila Los Angeles.











Ok. Untuk sesape yang dah terasa nak pergi Indon (specifically tempat2 yang aku pegi nih), aku bagitau bajetnya. Makanan kat Indon agak mahal tapi baju gila murah. BigMac kat mlaysia ~9rm, kat indon 14rm. Kalau makan kat restoran padang dekat setengah juta Rupiah (atau ~170rm). Kalau hotel standard boleh dapat 80-120rm semalam. Tapi kalau hotel 5star macam Mariott lebih dari setengah sejuta Rp (~RM230-250) semalam. Kalau nak cuti puas2 bawakla RM3000+...

Nilai tukar matawang terkini: RM1=Rp2770


**************************

Selasa 15/12, 645ptg

Bertolak dari Skudai dan bermalam di rumah nenek di Rembau


Hari 1: Rabu, 16/12
Place of Interest: Berastagi
Hotel: Grand Mutiara Hotel

Bertolak ke LCCT (baru tau LCCT tu rupanya Low Cost Carrier Terminal)

Aku menghadapi masalah kat laluan scanning..rupanya machine tuh detect buckle besi tali pinggang aku (machine tuh detect logam takut2 penumpang bawak pisau, brgn logam berbahaya..nervous gak..tapi lepas..)

Berlepas dari LCCT KLIA jam 1205. Merasa naik kapal terbang buat keempat kalinya. Rasa macam naik bas je, tapi lagi comfy.




Kencangkan..muahaha~

baca yang ni rasa macam nak gelak berdekah..



Kami tiba di lapangan terbang Medan sejam kemudian. Aktiviti seterusnya adalah menunggu kereta sewa dan pemandu yang telah disewa.

Waktu di sini 1 jam lewat daripada Malaysia. Jam 1215 sudah masuk waktu zuhur. Maghrib pun awal. 615. Di Medan segalanya berbayar. Tempat parking kat masjid pon kena bayar. Setelah solat (tempat letak kasut kat masjid pun kena bayar jugak..apara..).. Lunch di restoran padang.




Style hidangan padang: 20++pinggan lauk disajikan (setiap satu lauk ada harga sndiri).
Sentuh satu lauk dikira bayar.
Lauk pulak sikit2 je dalam satu mangkuk...





Minum jus alpokad/avocado (susah nak dapat kat mesia nih)
campuran buah alpokad, sirap coklat dan susu sejat..
memang super duper mantap!!



Buah alvocado: tak sedap langsung. Tawar. Rasa berlemak lemak.
Tapi bila dah jadi jus..memang terbaik dari ladang habaq hang..


Bertolak ke Berastagi. Atmosfera jalan raya di sini sangat berlainan dengan di Malaysia. Kereta, motosikal dan beca bersesak-sesak memenuhi ruang jalan. Hon berbunyi sana-sini. Bingit telinga jadinya. Tapi hon di sini saya rasakan berbeza dengan di Malaysia.

Hon di Indon: sebagai tanda komunikasi antara kederaan. kat jalan lurus; aku nak memotong! kat selekoh; ada orang x kat sebelah sana?

Hon di mesia: woi! Kau ingat jalan raya ni makbapak kau punya ke?!!




Grand Mutiara Hotel, Berastagi.
5000+ kaki dari paras laut.
Sejuknya..tuhan je yang tau..lagi sejuk dari Cameron kot..






Haha..


Ke gerai buah-buahan. Beli ciku, markisa, pisang madu. Markisa tak sedap. Apa-apa pun buah-buahan di Berastai agak murah. Stroberi boleh didapati pada harga RM2.50 sebekas


Hari2: Khamis 17/12
Place of interest: Danau Toba
Hotel: Darma Agung


Bertolak dari grand mutiara hotel, berastagi, ke danau toba. perjalanan 4 jam-dengan bulu roma berdiri sepanjang masa. Pemandu dan jalan raya di sini sangat merbahaya. Meskipun begitu, kemalangan jalan raya jarang2 sekali berlaku.



Pak supir (pemandu) kami yang pro..cool je beliau


Singgah di air terjun Sipiso Piso, jalan beratus anak tangga. Kepenatan sambil menganga nganga melihat keindahan semulajadi.


Laluan turun ke air terjun. Dah macam tembok besar China


Tinggi gile beb~


Danau Toba dari Sipiso Piso

Check in di hotel Darma Agung, Parapat. View di sini memang marvellous!



Dari hotel kami kelihatan pulau Samosir,
pulau yang dikatakan pulau atas pulau yang terbesar di dunia



Suasana menjelang senja di Parapat.
Nun jauh di sana pulau samosir menanti kehadiran kami



Aktiviti mandi-manda di danau Toba (kat depan hotel sebnanye)
Ada papan anjal lagi tuh...memang diving+summersault jelah kitorang..=)





Ini sebuah angkot. Angkot (Angkutan Kota) -Bertindak sebagai pengangkutan awam

Bersiar-siar di pekan Parapat menaiki angkot, kemudian ke masjid untuk solat Maghrib
(doa akhir/awal tahun di masjid tatakala seluruh rakyat Malaysia sedang bersorak di hadapan TV atas kejayaan skuad bola sepak meraih emas sukan SEA)




makan di restoran minang.


Hari3: Jumaat 18/12
Place of interest: Pulau Samosir
Hotel: Toledo Inn

Naiki angkot ke pelabuhan seawal jam 9 pagi dan betolak ke Pulau Samosir dengan feri




Inilah inner design feri-feri di Indon..cantik kot~






Toledo Inn..superb!



Semua hotel di sini memiliki kolam renang semulajadi:
teluk yang dibikin dari batu batuan

Lake view dari hotel


'Noonwalk' sejauh 1km ke masjid utk solat jumaat. Masjid daif nak mampos. Jemaah ada 24org lelaki baligh dan 8 kanak2+kami 4 beranak.



Di sini komuniti Kristian mendominasi...orang Kristian di sini dipanggil orang Batak.
Di atas adalah restoran Batak-untuk orang Kristian sahaja sebab restoran Batak kebanyakannya menjual BABI PANGGANG

Satu2nya restoran Islam yang hampir dengan hotel kami.
Oh ya..kebanyakan restoran di sini menyediakan perkhidmatan karaoke..


Poppy Fish Farm.
(bukan farm pon..gerai minum2 sebenarnya)..minum jus avocado (jus ni lagi!) sambil bersantai atas pangkin melihat orang mendayung sampan dan menikmati angin nyaman. olala~

Jam 5 ptg mandi tasik seround lagi. Ingat nak tunggu sunset jam 615 tapi tak nampak matahari sebab awan pekat. Malam hujan lebat. Tidur senyenyak nyenyaknya.


Hari 4: Sabtu 19/12/2009
Place of interest: Medan
Hotel: JW Mariott

Bertolak ke Medan. Perjalanan menaiki feri memakan masa kira2 sejam.



Yang ni memang tak boleh bla..masa feri nak singgah ambik penumpang, budak-budak 4-5 orang ni dengan tak pakai apa2 terjun ke tasik, berenenang ke arah feri dan terjerit jerit.
"Bang!! Campak uang kertasnya! Bang!! Campak kertas!"
Waduh. budak2 mintak sedekah dalam air. Tak pernah aku jumpa teknik ni.
Kreatif betul. Wahaha~

Perjalanan ke Medan 4jam. Singgah di Restoran makanan Medan di Pembaungan

Check in di hotel JW Maroitt. 5 star hotal..Hotel punya dahsyat, masuk pintu depan kena scan macam kat airport..ni agaknya gara2 pengeboman kat Mariott Jakarta tempoh hari.



Pergh~


Lek ah..standard ah 5star cmni..



Night view dari tingkat 24 Mariott


Closer shot


Hari 5: Ahad 20/12/2009
Place of interest: Kedai2 baju dan souvenir di Medan
Hotel: Polonia Hotel (5minit je dari airport Medan)

Lepak2 di hotel sampai tghari. Makan murtabak turki di Restoran Garuda


Salah satu restoran melayu di Medan (siap ada delivery lagi tuh..)

Jalan2 beli souvenir + baju. Baju-baju kat sini SERIOUS MURAH GILE..jubah dubai Rp350000( rm130).Kalau kat Mesia murah2 pun RM200+. Tshirt cantik ada gambar Lake Toba pulak 20000Rp (RM7) je. Terlalu banyak pilihan. 3 jam berjalan pun tak puas.




Padi bukit/ padi huma. (ttibe je gamba ni kat sini)




Hari 6: Isnin 21/12/2009

Checkout seawal 630 pg-flight jam 8.
Perjalanan sejam, tiba di LCCT, pulang ke Johor. Percutian tamat.


*********************


Untuk beberapa tahun yang mendatang ni aku akan kehilangan saat2 untuk bercuti dgn family..sighs~
Ok., cepat fikir benda lain.
.

Saturday, December 12, 2009

Penrose Triangle


Lately I found a book on riddles, puzzles, crosswords, brainteasers etc- a book of my interest- at MPH. There is this thing I was amused of. The impossible Penrose Triangle. It kept me into a long contemplation- until now I kept pondering about it. It was said by many to be an impossible object..Well, let's see..



The Penrose Triangle..an optical illusion?


From a glance, it's just a normal triangle, but when you observe carefully you'll find out this triangle is somehow weird. Scrutinize the combination of the edges and the triangle bars: it seems impossible!




A dice version of the magical triangle..


Who on earth would have came up with this fascinating idea? Well, wikipedia said it was Oscar Reutersvärd's (a Swedish artists) initial work (in 1934): he was the one who imagined and created this triangle, and later an English mathematician, Sir Roger Penrose, studied and popularized it. Despite of its questionable figure, the structure of the triangle has been made possible by engineers and architects.




Check this out at wikipedia..


Note that, the link among artists, mathematicians and engineers...it tells us something..sort it out yourself~

Cacamarba Sebelum Ke Seberang

Woha!

Episod baru dalam hidup aku: buat passport.

Bunyi macam best..tapi..proses di sebalik nak dapat sebijik passport..macam hape..

Di sebalik sekeping passport...kena redah traffic jam seawal 7 pagi

Di sebalik sekeping passport...kena beratur line panjang macam keretapi (pukul 7.05 queue dah panjang macam beratur nak dapatkan tiket bola mesia lawan brazil, padahal kaunter bukak pukul 730..)

Di sebalik sekeping passport...queue up selama 1jam stngah macam nak tercabut kaki semata mata nak amik nombo giliran

Di sebalik sekeping passport...kami sefamily buang masa duduk melangut kat pejabat imegresen dari pukul 7 sampai lewat tengahari.

Tapi bila dah dapat passport....mana2 aku boleh pergi..woha!

Ok. Rabu ni family aku nak pegi bercuti 6 hari 5 malam ke Medan. Main interest: Lake Toba

Preparation?
  • Ke kedai baju membeli sweater: Brastagi sejuk macam kat Cameron kot..
  • Ke kedai kasut: takkan nak melancong pakai selipar jamban?
  • Software gps: sediakan payung sebelum hujan.
  • Adapter: Nak charge electrical aplliances pakai apa kalau xde adapter? Air liur?
Minggu ni memang penat. Ke sana sini nak siapkan segala persiapan utk melancong. (takpela..biarla penat2 utk bersama dgn family skarang..lepas ni 3-4 tahun aku melancong sensorang la kt US..T.T)

Ada apa lagi ye semalam?

Ouh...bolak sepak Sukan SEA Malaysia lawan Thailand..

Skuad negara menang dramatik 2-1.

Bangga beb..

Gol lewat permainan (minit 80 dan 90) sumbangan nasriq baharom dan fakri saarani.

Entah berapa tahun aku tunggu Mlaysia nak menang lawan Thai. Macam tunggu semut jadi kerengga.

Tahniah kepada Rajagobal kerana strateginya meletakkan 3 pemain di jentera serangan membuahkan hasil.

Lepas ni terlepaslah sementara kritikan2 skeptikal kepada skuad bolasepak tanah air. Agak2 kalau Malaysia dapat emas untuk acara bola sepak Sukan SEA apa kerjaan nak bagi? Title 'datuk ' kepada penjaring gol yang berkenaan? haha~

Tuesday, December 8, 2009

I've...become so..

..NUMB

Yeah..i've turned numb.

Numb is part of an emotion isn't it?

Tell me who has not felt it even once.

Toefl scores are up the board..and I earned just above par-my own par: 90/120

Despite doing good enough to pass the sponsors requirement (79/120) there is this some sort of stolid emotion inside. I ain't rejoiced for the result. Not depressed either.

It's more or less comparative to the earth; spinning around, jaunting across the orbit hundreds of miles per second, but the feel is like standing still on earth, feeling nothing; no movement across the orbit, no spinning, and no whatsoever. Everything's going on as usual; the air cond's breezing, cars vroom once in a while, people pass by..but right here and right now -after recieving the toefl scores- I'm trapped in this world of numbness..my own self is somehow empty.

Hoping that a super magical vacuum cleaner'll suck out the numbness inside..

Threescore years and ten is enough; if a man can't suffer all the misery he wants in that time, he must be numb.

Josh Billings (American Humorist, 1818-1885)



Tuesday, December 1, 2009

Cerita Selepas Cerita


Baru-baru ni saya selalu dengar bapak saya bercerita. Nilai moral dalam cerita-cerita beliau sangat tinggi. Apa saya suka dgn style bapak saya adalah kalau beliau nak ajar atau bagitau sesuatu supaya mudah faham, beliau akan menggunakan anologi. Di bawah saya olah semula semula kisah-kisah yang dikisahkan bapa saya kepada saya.

Cerita 1.

Di satu negeri, ada seorang raja yang hidup bersama rakyat jelatanya. Mengikut gubalan undang-undang rakyat negeri tersebut, raja berkuasa melakukan apa sahaja termasuk membina bangunan-bangunan besar, membuka ladang-ladang, berbelanja dengan mewah, memungut cukai, bermain di taman-taman bunga...Bagaimanapun, cukup sepuluh tahun, raja tersebut akan dibuang ke hutan yang terkumpul segala jenis binatang buas. Senang kata kompem mampos lah raja tersebut setelah 10 tahun memerintah. Begitulah tahun-tahun seterusnya, tawaran demi tawaran menjadi raja ditawarkan dan raja demi raja menemui ajal di hutan setelah cukup 10 tahun memerintah.

(Jangan disoal kenapa pelik sangat sistem di negeri ni..sebab ini hanyalah anologi kepada satu mesej yang lebih besar..)

Setiap yang menjadi raja akan merasa gembira dan berseronok seseronok ronoknya pada tahun-tahun pemerintahan mereka sehinggalah tahun kesembilan. Menjelang tahun kesepuluh raja yang dilantik mula rasa gusar tentang hayat mereka yang sudah hampir ke penghujung. Lama kelamaan tiada siapa lagi yang berani menawarkan diri menjadi raja.

Pada satu hari datanglah seorang pemuda ke negeri ini.

Apehal haru biru je tempat ni? Tak teratur langsung. Getus hati pemuda.

Terserempaklah dia seorang tua.

'Pakcik, kenapa kucar kacir negeri ni?'

'Raja takde nak..macam ni lah jadinya..rakyat buat apa2 sesuka hati.semuanya dah tak terurus..'

'Oh..macam tu biar saya jelah jadi raja..'

'Kau kena tahu nak..undang-undang negeri ni selepas 10 tahun jadi raja kena buang ke hutan belantara penuh binatang buas kat luar negeri ni..'

Dipendekkan cerita, si pemuda bersetuju menjadi raja walau apa syarat yang dikenakan.

Maka si pemuda menjalankan tugasnya selaku raja, memrintah dan menikmati segala kemewahan sebagai seorang raja. Beliau telah menyusun semula struktur pembangunan rakyat dan mendampingi rakyat setiap masa. Segala keperluan rakyat diberi perhatian. Rakyat semua sayang sama dia. Akan tetapi terdapat satu perbezaan pada raja yang ini dengan raja-raja sebelumnya. Dalam diam, si raja ini telah membuat usahasama dengan arkitek-arkitek dari negeri lain untuk membangunkan hutan tempat kematiannya nanti menjadi mahligai maha indah siap taman bunga dan air terjun dan pelayan-pekayan cantik molek mata jeli kulit gebu.

Cukup 10 tahun.

Raja mengumumkan persaraannya dan kematiannya tak lama lagi. Rakyat jelata semua jadi runsing, Raja yang mereka sayangi akan meninggalkan mereka. Terdapat cadangan menggubal semula undang-undang tetapi ditolak oleh raja.

Kata beliau: 'Berlakulah adil. Raja dulu2 pun dapat kesudahan yang sama. Beta tak kisah..kalau dah macam itu kata undang-undang, beta terima sahaja keputusannya. Biarlah beta dicampak ke hutan belantara tu.'

Dengan hati yang berat, rakyat mengusung baginda raja untuk dicampak ke dalam peti. Kaum ibu menangis di tepi pintu melihat raja diarak keluar negeri. Anak-anak berlari keluar rumah terjerit-jerit kejakunan. Yang mengusung usungan raja melelehkan air mata tak rela. (Citer cam nak best)

Maka tibalah perarakan ke kawasan hutan yang telah dibangunkan menjadi mahligai serba indah. Terkejut bukan kepalang sekelian rakyat jelata.

'Ok. Turunkan beta di sini. Inilah destinasi beta seperti yang termaktub dalam perjanjian. Pulanglah korang semua ke tempat yang tak ada apa2 tu..ho3'

Raja melangkah pergi meninggalkan rakyat-rakyatnya yang melopong sampai masuk lalat baru nak tutup mulut.

******

Apa agaknya yang cuba bapak saya sampaikan?

Kata beliau, negeri itu adalah dunia ini. Kita datang ke dunia secara kontrak: Tuhan hantar kita ke dunia ini untuk tempoh masa 60-70 tahun sepertimana raja diberi peluang memerintah selama 10 tahun sahaja. Kemudian kita akan mati dan ke destinasi seterusnya: syurga atau neraka. Memang nikmat dunia banyak. Terpulang kepada kita macamana nak guna nikmat2 tu sume..tapi kebanyakan kita lupa untuk bina nikmat2 di akhirat kelak. Kesudahannya, azab berat menanti di akhirat..na'uzubillah.. Macam mana raja2 yang sebelumnya menikmati segala nikmat yang ada..,macam tu jugakla si pemuda tadi menikmati nikmat selaku raja..bezanya si pemuda telah melakukan usaha menyediakan kehidupan yang terbaik untuk destinasinya yang seterusnya.

Dekat dunia ni lah tempat kita berusaha habis habisan untuk kebahagiaan akhirat. Kalau dok kejar dunia je, lepas dapat nikmat dunia, mati, tak dapat apa2 melainkan kehidupan yang sengsara..jadilah raja yang memperoleh segala mahligai bagai lengkap serba-serbi..idop kat dunia ni buatlah usaha nak tingkatkan iman dan amalan supaya akhirat nanti bahagia selamanya.

Cerita 2.

Ada 3 orang pemuda nak merentas satu gua yang gelap gelita. Mereka dibekalkan hanya satu guni untuk mengutip segala yang ada dalam gua tersebut.

Pemuda pertama masuk ke dalam gua. Gelap tak nampak apa. Diraba raba lantai dan dinding gua.

Ape bende batu-batu pasir-pasir ni..takkan aku nak kutip semua ni..buat berat guni aku je nak bawak semua ni!

Maka dia keluar dari gua dengan tangan kosong

Pemuda kedua pula masuk gua. Raba sana raba sini.

Apebende macam batu-batu pasir-pasir ni..ah belasah jela..kurang2 aku ada bawak something keluar daripada gua nih..

Keluarlah pemuda jedua dari gua dengan guni separuh terisi.

Tiba giliran pemuda ketiga.

Masuk gua, asalkan teraba benda macam batu-batu dia angkat masuk guni. Keluar gua guni dia penuh.

Bila ketiga-tiga pemuda buka guni, terkeju lah mereka bahawa dalam guni itu terisi batu permata berlian dan emas perak! Woha~

Frust menonggeng nonggeng pemuda pertama guninya kosong. Rasa macam nak bunuh diri. Pemuda kedua rasa menyesal tak penuhkan satu guni. Pemuda ketiga menyesal tak sudah sebab bawak satu guni je. Kalau boleh nak bawak seratus guni seret sorang-sorang dalam gua tu.

*****

Apa agaknya mesej di sebalik cerita ni?

Malaslah nak tulis. Buat penat tangan aku je. Ni aku bagi klu:

Gua yang gelap: dunia
Pemuda: manusia la,sape lagi
Emas: kemewahan dunia
Guni: tempat mengisi segala kemewahan

Lu pikir la sndiri!

Kito Ghayo

Posting kali ni aku terasa nak buat dalam loghat Negeri Sembilan..bahasa pertuturan family sebelah bapak aku ..heh.sukati akula, aku punya blog.


Ni story maso ghayo haji haritu…dah lamo nak nulih bondo nih tapi asik tak sompek yo….apo nak dikato kan~


Mulo-mulo takdo la ramai bona sedara mara yang datang…setakat family den, acik Mala dgn acek Kelan..tapi pagi ghayo berdyun pulak yang datang..Pak Anjang, family Pak Long, Abang Aman, Kak Nana dan konco-konconya..woha~ meriah boto!


Lagi meriah maso pagi keduo ghayo...buek bbq …Acik Mala yang sponsor…yang tukang bueknyo sikit yo..yang tukang meraso ni ha bkan main laei ramai… fuih…macam2lah yang dibakar..daging lombu dah tontu lah..ayam., ikan siakap.,ikan pari.,sosej…siap dengan kuah blackpepper lagi tuh..


Kontang goreng pon ado..siap dgn sup cendawan dengan roti bakar…ado pulak acik Mala buek nasi goreng..mano nak jodoh dgn bbq tu sumo…memang tak luak la jawabnyo.haihh..tak dapek den nak nolong..nolong makan yolah yang den tau..


Punyolah kuek penangan bbq tuh…duo hari duo malam tak dapek nak tido lena terngiang-ngiang sodap bbq tuh..makan bbq besar-besaran ni kono tunggu stahun skali..tahun lopeh buek gak..acik Mala gak yang sponsor..tahun dopan kompem ado laei..adeh…den tahun dopan dah takdo kat mesia ni..iyolah..dah poei ke US..ni yang ghaso nak nangih nih…tak dapek den makan bbq dgn fmily ramai-ramai ghayo haji tahun dopan..Apo lah nasib..