Pengisian jasmani di ijtima' ini cukup mantap. Kami hanya mengeluarkan belanja tidak lebih RM2 untuk satu hidangan. Kami tidak pernah dihidangkan nasi putih. Yang ada hanyalah nasi kuning, nasi merah, nasi minyak...nasi kenduri kahwin gitu...air pula bukan calang2...air sirap sejuk berperisa strawberi.entahlah.itulah gambaran rasa yang dapat tekak saya berikan..
Bagaimanapun yang paling bermakna sekali adalah pengisian rohani yang kami terima..Talk2 yang disampaikan oleh ulama' yang telah pun menyerahkan seluruh hidup mereka berada di jalan Allah memenuhi setiap ruang masa kami setiap hari. Satu talk sahaja sudah makan masa 4 jam. 2 jam ulama cakap dalam bahasa Urdu dan 2 jam lagi translate. Kagum saya dibuatnya melihatkan translator yang mampu mengingat segala butir percakapan ulama dan menyampaikannya dengan penuh bersemangat. Paling saya kagum, salah seorang ulama, Bai Wahab namanya, menyampaikan ucapan dalam keadaan yang sangat uzur. Suaranya terputus-putus dan semput. Jalan pun bertongkat dan berpimpin. Pada masa yang sama beliau sanggup gagahkan diri untuk menyampaikan nasihat2 berguna untuk umat Islam seuruh dunia. Isi kandungannya memanglah saya jarang2 sekali dengar bahkan ada yang tidak pernah saya dengar pun daripada mana2 ceramah yang saya hadiri. Tamsilan2 yang mereka sampaikan teramatlah tinggi dan sukar difikirkan gitu2 sahaja. Anologi2 yang disampaikan begitu cantik dengan mesej yang disampaikan. Antara mesej utama yang disampaikan adalah kepentingan dan cara memperbaiki iman dan amal, tanggungjawab terbesar sebagai seorang manusia dan juga khalifah di bumi tuhan, peranan umat islam sebagai penarik hidayah Allah dengan perantaraan usaha dakwah....bahkan terdapat satu slot khas untuk para pelajar universiti...kami diberi penerangan tentang peranan seorang student dalam agama...peranan seorang student dalam membangunkan agama Allah s.w.t...
Khemah2 di atas bukanlah khemah yang menempatkan orang...
menempatkan makanan kot..nak tau apa tanyalah orang yang snap gambar ni
menempatkan makanan kot..nak tau apa tanyalah orang yang snap gambar ni
Perkara paling seronok saya rasakan sewaktu ijtima' tersebut adalah dapat duduk di kawasn hadapan tempat ulama memberi ucapan. Bayangkan, untuk sampai ke bahagian hadapan, saya terpaksa bersesak sesak dengan ratusan manusia, menyelitkan diri ke mana ruang yang didapati kosong, berjalan melangkah paha2 manusia yang sedang bersila....hanya semata2 hendak menatap wajah ulama yang hendak menyampaikan ucapan...di antara banyak talk, hanya 3 sahaja yang saya dapat duduk di kawasan berhampiran stage. Sekali dengan Bai Wahab dan sekali lagi dengan Maulana Saad. Sekali, saya hanya manage untuk duduk di bahagian tepi stage. Tempat saya duduk himpit2 itu pun hanya separuh bumbung khemah sahaja yang menutupi kepala saya. Sedang khusyuk dengar nasihat ulama hujan tiba2 turun kucing dan anjing.dgn tempias yang kuat ke dalam khemah, saya melindungkan diri saya dengan kain yang saya bawa. Selama lebih setengah jam saya memegang kain pelekat menghadang diri daripada hujan.
Kali kedua saya berjaya duduk berhampiran dengan stage saya duduk dalm keadaan tersiksa.Bayangkan anda duduk bersila pun tak serupa bersila sebab tiada ruang langsung untuk menyilakan kaki. Adapun ruang hanya seinci dua..itupun cukup2 nak alih punggung yang dah terasa kebas.nak tukar gaya duduk sampai terpaksa tolak orang depan baru boleh tukar gaya duduk. Betapa susah dan payahnya….akan tetapi inilah pengorbanan yang besar oleh umat Islam sedunia…tak kira bangsa, tak kira warna kulit, tak kira bahasa, tak kira tempat tinggal, tak kira aliran politik…selagi semuanya bersatu di bawah satu kalimah tauhid, semuanya memiliki satu tujuan yang sama…mengajak manusia kepada Allah.,yang mana perbuatan ini semata mata tidak lain dan tidak bukan untuk memperbaiki diri sendiri..perbuatan menyeru manusia inilah yang akan menarik hidayah Allah…
Alhamdulillah, ijtima’ ini disambut baik seluruh umat Islam Malaysia.PM Malaysia Tan Sri Najib Razak, TPM Dato Muhyiddin Yasin, MB Negeri Sembilan dan beberapa orang kenamaan lain turut serta dalam perhimpunan aman ini. Bahkan pak PM kita turut menyatakan rasa bangga beliau terhadap penyatuan umat Islam tanpa mengira bangsa, bahasa dan warna kulit dalam ucapan selamat datang yang beliau sampaikan lepas solat asar hari ketiga ijtima.
Dana untuk menjayakan ijtima’ ini?
Duit masyarakat Islam Malaysia semata-mata. Tiada bantuan kerajaan, bank dunia, PBB, mahupun ceti. Kos khemah sahaja sudah mencecah 6juta. Air, kipas, makanan, perataan tanah, kanvas, dan segala-galanya dibaiya umat Islam Malaysia. Atas dasar apa? Atas dasar satu agama yang tertegak atas satu kalimah tauhid - Islam. Tenaga kerja mendirikan khemah, membina tandas, menyediakan tempat parking serba segala? F.O.C-Free Of Charge. Semuanya diusahakan orang2 Islam Malaysia khususnya mereka yang terlibat dalam usaha dakwah atau lebih dikenali di bibir masyarakat sebagai Jemaah Tabligh.
Kawan saya bukan main kagum kerana mereka2 yang terlibat dalam menjayakan dan menghadiri ijtima’ ini seperti didorong oleh satu semangat luar biasa. Masakan kita hendak bagi duit dan tenaga free2 untuk perkara yang menyusahkan dan memenatkan kita? Akan tetapi kerana yakinnya terhadap janji tuhan terhadap mereka yang berkorban untuk agama Allah, mereka2 yang terlibat tidak kenal lelah dan malas mencurahkan harta dan tenaga mereka. Semuanya tidak mahu terlepas daripada mendapat saham akhirat. Bahkan ada yang sanggup menderma wang sebanyak 6juta tetapi ditolak kerana jikalau seorang sudah sumbang sebanyak itu yang lain nak sumbang apa? Macamana orang lain nak dapatkan bahagian mereka, betul?
Ijtima diakhiri dengan doa oleh maulana daripada India. Saya pun yang tak tau mana satu sebab saya tidak berada di khemah utama. Lama doanya. 20 minit. 10 minit dalam bahasa Arab dan sepuluh minit dalam bahasa Urdu. Meski saya tidak faham hampir keseluruhan doa, hati saya cukup tersentuh. Ulama tersebut berdoa merayu kepada Tuhan bak anak kecil merayu berulangkali kepada ibunya. Terbayang di kepala saya seorang anak kecil yang terkurung di luar rumah dan merayu rayu memanggil si ibu membuka pintu. Dapat saya bayangkan betapa bersungguh sungguhnya anak kecil itu merayu hingga menangis nangis hiba. Begitu jugalah nada doa yang saya hayati. Betapa bersungguh2nya doa dan rayuan terhadap tuhan untuk dibukakan pintu hidayat kepada umat akhir zaman yang semakin rosak. Betapa takutnya bila membayangkan semua manusia sudah rosak dan tiada lagi yang menyebut kalimah Allah dan yang mana bila ini berlaku Allah kan kiamatkan dunia. Betapa tingginya harapan untuk tidak tergolong dalam situasi tersebut. Na’uzubillahiminzalik. Sebab itulah saya mendengar esak tangis seluruh mereka2 yang datang ke ijtima’ tersebut. Ada juga yang mengenang dosa lalu- malangnya disebabkan hati saya yang begitu keras saya tidak mampu menitiskan walau setitis pun air mata…= (
Inilah satu2nya pengalaman hidup yang sukar saya ketemu. Memang rugi siapa yang tak datang. Tak tipu. Semoga Allah terima saya di jalannya dan berikan yang terbaik dalam hidup saya. Amin.


4 points out:
Utk kekalkan semangat ijtimak, jemput ke ijtimak mini mingguan di Masjid Jamek Sri Petaling, slps magrib, sabtu malam minggu.
insyaallah...
InsyaAllah. Benda macam ni lah harus kita kejarkan. Spt kata sahabat saya Talhah, utk saham akhirat. Diharap rakan-rakan yang lain, marilah kita bersama-sama untuk merebut peluang bagi memperoleh kejayaan dan kebahagian di dunia dan akhirat yang abadi. Keep it up, Talhah...:)
khairul: ayat ketiga macam xbleh blah
Post a Comment